Sabtu, 21 Disember 2013
12:57 PG
                                  السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة 

                                     

                                    

Alhamdulillah Isha telah selesai menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2013 ini dan rasanya dah berkurun dah Isha tak buat entry baru kan...disebabkan malas + tak ada mood + study jadi inilah hasilnya tak menaip sampai la ni lah..jadi hari Isha nak kongsikan satu info yang Isha dapat daripada buku GEN-Q isu no.16 ok let's start!

Setiap bangsa mempunyai respons tertentu apabila bersin. Masyarakat Rom kuno menyebut "Jupiter menyelamatkan kamu", manakala masyarakat Greek pula saling menyebut "panjang usia". Apabila kanak-kanak bersin, masyarakat Rusia akan menyebut "bud dzorov" yang bermaksud "semoga sihat", manakala masyarakat Cina akan menyebut "bai shui" yang bermaksud "moga kamu akan hidup 100 tahun."

Panduan Nubuwah

Rasulullah s.a.w. memberi etika terbaik kepada umatnya apabila bersin. Etika ini tidak dinyatakan dengan jelas oleh agama-agama lain. Islam lebih menekankan prinsip kesyukuran dan ingatan kita kepada Allah s.w.t.

Abu Hurairah melaporkan bahawa apabila Rasulullah bersin, Baginda meletakkan tangan atau hujung bajunya ke mulut untuk menutupnya sambil memperlahankan bunyi bersin itu."[Riwayat Abu Daud]

Rasulullah juga bersabda maksudnya:"Jika seseorang itu bersin, maka hendaklah dia memberi pujian kepada Allah dengan mengucapkan 'alhamdulillah'. Setiap Muslim yang mendengar saudaranya bersin pula hendaklah mendoakannya dengan menyebut "Yarhamukallah" [semoga Allah memberi rahmat kepadanya]. Dan jika orang yang bersin mendengar saudaranya menyebut "Yarhamukallah" maka hendaklah dia mengucap "Yahdiikumullah Wa Yushlih Baalakum" [semoga Allah memberi petunjuk kepadamudan memperbaiki keadaanmu]." [Riwayat al-Bukhari]

Tindak Balas Semasa Bersin

1 Saling Memuji Allah, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:"Sesungguhnya Allah suka kepada orang yang bersin dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang menguap, jangan sampai berbunyi'ha!' kerana itu menyebabkan syaitan mentertawakanmu."[Riwayat al-Tirmizi dan Ahmad]

2 Menutup Hidung dan Mulut.

3 Memperlahankan Bunyi Suara Bersin.

#Sekadar ini yang dapat saya kongsikan semoga dengan perkongsian ini dapat dijadikan pedoman...Wassalam^^   
Rumaisha