Isnin, 19 November 2012
12:49 PG
Assalammualaikum...12:49 PG

ANAK POKOK: ASALNYA DARIPADA BIJI BENIH. ANAK POKOK MEMERLUKAN KETAHANAN YANG TINGGI. KETIKA INI, PANAHAN CAHAYA METAHARI DIRASAKAN BEGITU PANAS. SAMA ADA DAPAT MENERUSKAN HIDUP MENJADI POKOK YANG BESAR ATAUPUN MATI, SEMUANYA BERGANTUNG PADA ANAK POKOK.
Manusia juga begitu, jika terlalu mudah mengatakan saya mengalah, maka bagaimana kesenangan selepas kesusahan itu dapat dipratikkan? Ingat, kejayaan tidak datang bergolek.
DAHAN POKOK:
Dahan pokok tumbuh sedikit demi sedikit. Tidak terlalu awal ataupun tergesa-gesa. Apabila pokok memperoleh cukup cahaya, udara dan air, dahan pokok akan mulai membesar sedikit demi sedikit. Mari belajar daripada dahan pokok Sekiranya kita masih muda, dan tanggungjawab yang utama adalah belajar dan menggembirakan ibu bapa, maka, sabar...belajar dahulu sehingga berjaya. Jangan tergesa-gesa ingin bercinta dan berpasangan pula ya!
AKAR POKOK:
Walaupun tidak kelihatan, tetapi ia menjadi bahagian yang utama pada sebatang pokok. Ia ibarat akidah dan kepercayaan yang menjadi asas dalam diri manusia. Perasaan marah dan tidak sabar berpunca daripada hati. Bahagian dalaman ini perlu dijaga. Barulah marah boleh dikawal jika kita berhadapan dengan situasi tersebut. Hati sejahtera, marah tiada. Banyakkan mengingati Allah dan menginsafi kejadian diri supaya hati lebih baik.
BUAH:
Siapa yang tidak suka jika diberi sesuatu yang baik? Tetapi bagaimana kita mahu memberi sekiranya kita dikhianati atau dikasari? Mari belajar daripada buah. Walaupun dibaling batu ataupun dijolok untuk mendapatkan buahnya, tetapi pokok sentiasa memberikan buah kepada orang lain.
Luqman al-Hakim ada menasihatkan anaknya dengan pesanan berikut:
"Wahai anakku, hendaklah kamu ingat kebaikan orang dan lupa kejahatan orang. Dan hendaklah kamu lupa kebaikan kamu terhadap orang dan ingatlah kejahatan yang kamu lakukan kepada orang lain"


Nama diberi RUMAISHA BINTI MUSTAKIM, seorang yang pendiam(diam2 ubi berisi) dan suka mengkaji dahulu baru berindak inilah serba sedikit tentang diri saya!!