Sabtu, 17 November 2012
1:44 PG
Assalammualaikum1:44 PG
KELIHATAN DUA SUSUK TUBUH SEDANG TEKUN BELAJAR DI DALAM PERPUSTAKAAN SEKOLAH. PASANGAN SAHABAT INI MEMANG TERKENAL KERANA SIKAP RAJIN, TEKUN SERTA CEMERLANG DALAM PELAJARAN. BUKAN ITU SAHAJA, PERIBADI MEREKA SERING MENJADI PUJIAN KERANA MEMILIKI AKHLAK TERPUJI PERHIASAN DIRI. SERING KE MANA-MANA BERDUA. MEREKA IALAH TEMAN KETIKA SUKA DAN DERITA. IKATAN PERSAHABATAN DIJADIKAN CERMIN DIRI. MEMBERI TEGURAN KETIKA TERSILAP PERCATURAN DAN MEMBERI GALAKAN UNTUK BERBUAT KEBAIKAN. PERSAHABATAN MEREKA DIJADIKAN TERAS UNTUK MELAKUKAN KEBAIKAN DAN MENOLAK KEMUNGKARAN.
Nilai Seorang Sahabat...
Sahabat sangat penting sebagai sumber penguat dalam perjalanan kehidupan. Dalam dakwah yang penuh ujian, Nabi Muhammad s.a.w. memiliki sahabat sejati seperti Sayidina Abu Bakar r.a. yang sentiasa membenarkan kata-kata Baginda, pengukuh dakwah Baginda; Sayidina Umar r.a. dan Abdul Rahman bin 'Auf sebagai teraju ekonomi. Gabungan barisan para sahabat yang dimiliki Rasulullah s.a.w. menjadikan diri Baginda menjadi mantap dan kuat untuk menghadapi ujian dakwah. Rasulullah juga telah mempersaudarakan golongan Muhajirin dan Ansar sebagai langkah awal bagi memantapkan ikatan antara sesama Mukmin.
Renungilah maksud ayat surah al-Hashr ayat 9:"Dan orang (Ansar) yang mendiami negeri(Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa-apa yang telah diberi kepada orang yang berhijrah(Muhajirin) itu dan mereka juga mengutamakan orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat.(Ingatlah) sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bekhilnya, maka merekalah orang yang berjaya."
Erti Sahabat...
Sebagai teman dan rakan di ranjau kehidupan,
Bersatu dua hati kerana cinta Rabbi,
Bukan kerana kasih akan dunia dan kesenangan isinya,
Di dalam jiwa tersemai kasih, mahabbah dan keikhlasan,
Mengatasi batas rupa, warna dan keturunan.
Pilihlah Sahabat...
Kerana sahabat yang ikhlas memimpin tanganmu
melakukan kebaikan,
Wangian dirinya akan terpalit jua pada dirimu,
Kerana tanpa kamu sedari sahabat adalah cermin peribadi,
Hodoh pilihanmu, maka hodohlah pekertimu,
Murni pilihanmu, maka indahlah budimu,
Jadi awas ketika memilih sahabat,
Andai tidak mahu langkahmu tempang.
Muhajirin Dan Ansar...
Disatukan Nabi kerana ikatan akidah,
Antara asas kekuatan terbangunnya kerajaan Madinah,
Muhajirin yang dipersaudarakan memiliki hati yang
tulus dan suci,
Ansar yang menyambut persaudaraan rela berkorban
segalanya,
Ikatan mereka jauh daripada hasad dan dengki,
Kerana kasih sayang yang disemai bertunjangkan cinta
Rabbi.
Moral of story:Hargailah persahabatan ia adalah nikmat yang tidak terhingga,Jua tidak mampu diungkap dengan kata-kata,Hati-hati yang bersatu kerana cintakan Tuhan,Rindu untuk bertemu dan sedih untuk berpisah,Namun semuanya disandarkan kerana Allah s.w.t.
Info-info ini isha dapat dari buku Gen-Q Isu no. 07...
wassalam.... :)


Nama diberi RUMAISHA BINTI MUSTAKIM, seorang yang pendiam(diam2 ubi berisi) dan suka mengkaji dahulu baru berindak inilah serba sedikit tentang diri saya!!