Sabtu, 23 Februari 2013
6:31 PTG
                                         السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Apa khabar semua!! hari ini isha nak bincangkan tentang Hukum Hari Valentine Day...isha ambil info ni dalam buku Gen-Q jer...ok mari kita mulakan sekarang!
                                      


VALENTINE IALAH NAMA YANG DIAMBIL SEMPENA NAMA SEORANG PADERI IAITU SAINT VALENTINO. PADA 14 FEBRUARI 270M, ST. VALENTINO DIHUKUM BUNUH KERANA BERGADUH DENGAN PENGUASA ROMAWI IAITU RAJA CLAUDIUS II (268-270M). ST VALENTINE DIANGGAP SEBAGAI SIMBOL KETABAHAN SERTA KEBERANIAN. OLEH SEBAB ITU, PENGIKUT-PENGIKUT PADERI INI MENGADAKAN SATU UPACARA KEAGAMAAN MEREKA UNTUK MEMPERINGATINYA.

Tetapi sejak abad 16M, upacara keagamaan tersebut mulai berubah kepada pesta berkasih sayang. Hari Valentine ialah pesta kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut sebagai "Supercalis" iaitu jatuh pada 15 Februari. Setelah ramai orang Romawi menganut Kristian, pesta "Supercalis" berubah pada hari kasih sayang kerana kepercayaan orang Eropah mengatakan bahawa hari kematian Saint Valentine itu ialah hari untuk berkasih sayang kerana waktu kasih sayang itu mulai bersemi pada 14 Februari.

jadi dapat kita simpulkan bahawa Hari Valentine merupakan kepercayaan yang boleh merosakkan akidah orang Islam. Ini adalah muslihat orang Barat yang hanya bertopengkan percintaan.

Aspek Sosial

Menurut seorang penulis beragama Kristian, Hari Valentine sudah dianggap sebagai "pesta seks". Di Britain, Hari Valentine dianggap sebagai "Impotence Day", yang menunjukkan aktiviti seks berlaku secara berleluasa. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan bukan sesuatu yang mencerminkan Islam yang sebenar kerana dalam Islam, kita disarankan agar berkahwin untuk mengelakkan diri daripada menghampiri zina dan perbuatan maksiat. Melalui perkahwinan, keinginan seks dapat disalurkan secara halal dan selamat. Perkahwinan juga dapat mengelakkan diri daripada terkena jangkitan HIV yang berpunca daripada perlakuan seks rambang.

Berkasih Sayang Dalam Islam

Mengenai mengkhususkan Hari bagi berkasih sayang tidak perlu kerana kasih sayang bukan dibatasi oleh satu hari, satu minggu atau satu bulan tetapi berlaku setiap masa. Persoalan cinta dan kasih sayang dalam Islam sangat universal dan menyeluruh. Cinta dan kasih sayang juga diberikan kepada Allah S.W.T., Rasulullah S.A.W., ibu bapa, anak-anak, suami isteri dan diri sendiri. Cinta kepada Allah S.W.T. cinta yang teragung kerana melaluinya akan lahirlah cinta sesama umat Islam. Semoga Allah S.W.T. memberikan hidayah-Nya kepada kita semua agar dapat istiqamah dengan Islam. Aamiin.  

Dilihat kepada fatwa-fatwa daripada pihak berautoriti di Malaysia, jelas hampir semua memfatwakan HARAM meraikannya.Wahai muda-mudi sekalian, berwaspadalah dan jauhi perbuatan yang menjatuhkan maruah agama, diri dan bangsa. Islam agama berkasih sayang dan tidak ada hari tertentu yang istimewa bagi meraikan apatah lagi sambutannya bertentangan dengan ajaran Islam...

Ini sahaja yang dapat isha kongsikan buat masa ini...Wallahuaklam..  
    

 
Rumaisha