Sabtu, 21 Disember 2013
12:57 PG
                                  السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة 

                                     

                                    

Alhamdulillah Isha telah selesai menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2013 ini dan rasanya dah berkurun dah Isha tak buat entry baru kan...disebabkan malas + tak ada mood + study jadi inilah hasilnya tak menaip sampai la ni lah..jadi hari Isha nak kongsikan satu info yang Isha dapat daripada buku GEN-Q isu no.16 ok let's start!

Setiap bangsa mempunyai respons tertentu apabila bersin. Masyarakat Rom kuno menyebut "Jupiter menyelamatkan kamu", manakala masyarakat Greek pula saling menyebut "panjang usia". Apabila kanak-kanak bersin, masyarakat Rusia akan menyebut "bud dzorov" yang bermaksud "semoga sihat", manakala masyarakat Cina akan menyebut "bai shui" yang bermaksud "moga kamu akan hidup 100 tahun."

Panduan Nubuwah

Rasulullah s.a.w. memberi etika terbaik kepada umatnya apabila bersin. Etika ini tidak dinyatakan dengan jelas oleh agama-agama lain. Islam lebih menekankan prinsip kesyukuran dan ingatan kita kepada Allah s.w.t.

Abu Hurairah melaporkan bahawa apabila Rasulullah bersin, Baginda meletakkan tangan atau hujung bajunya ke mulut untuk menutupnya sambil memperlahankan bunyi bersin itu."[Riwayat Abu Daud]

Rasulullah juga bersabda maksudnya:"Jika seseorang itu bersin, maka hendaklah dia memberi pujian kepada Allah dengan mengucapkan 'alhamdulillah'. Setiap Muslim yang mendengar saudaranya bersin pula hendaklah mendoakannya dengan menyebut "Yarhamukallah" [semoga Allah memberi rahmat kepadanya]. Dan jika orang yang bersin mendengar saudaranya menyebut "Yarhamukallah" maka hendaklah dia mengucap "Yahdiikumullah Wa Yushlih Baalakum" [semoga Allah memberi petunjuk kepadamudan memperbaiki keadaanmu]." [Riwayat al-Bukhari]

Tindak Balas Semasa Bersin

1 Saling Memuji Allah, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:"Sesungguhnya Allah suka kepada orang yang bersin dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang menguap, jangan sampai berbunyi'ha!' kerana itu menyebabkan syaitan mentertawakanmu."[Riwayat al-Tirmizi dan Ahmad]

2 Menutup Hidung dan Mulut.

3 Memperlahankan Bunyi Suara Bersin.

#Sekadar ini yang dapat saya kongsikan semoga dengan perkongsian ini dapat dijadikan pedoman...Wassalam^^   
Sabtu, 23 Februari 2013
6:31 PTG
                                         السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Apa khabar semua!! hari ini isha nak bincangkan tentang Hukum Hari Valentine Day...isha ambil info ni dalam buku Gen-Q jer...ok mari kita mulakan sekarang!
                                      


VALENTINE IALAH NAMA YANG DIAMBIL SEMPENA NAMA SEORANG PADERI IAITU SAINT VALENTINO. PADA 14 FEBRUARI 270M, ST. VALENTINO DIHUKUM BUNUH KERANA BERGADUH DENGAN PENGUASA ROMAWI IAITU RAJA CLAUDIUS II (268-270M). ST VALENTINE DIANGGAP SEBAGAI SIMBOL KETABAHAN SERTA KEBERANIAN. OLEH SEBAB ITU, PENGIKUT-PENGIKUT PADERI INI MENGADAKAN SATU UPACARA KEAGAMAAN MEREKA UNTUK MEMPERINGATINYA.

Tetapi sejak abad 16M, upacara keagamaan tersebut mulai berubah kepada pesta berkasih sayang. Hari Valentine ialah pesta kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut sebagai "Supercalis" iaitu jatuh pada 15 Februari. Setelah ramai orang Romawi menganut Kristian, pesta "Supercalis" berubah pada hari kasih sayang kerana kepercayaan orang Eropah mengatakan bahawa hari kematian Saint Valentine itu ialah hari untuk berkasih sayang kerana waktu kasih sayang itu mulai bersemi pada 14 Februari.

jadi dapat kita simpulkan bahawa Hari Valentine merupakan kepercayaan yang boleh merosakkan akidah orang Islam. Ini adalah muslihat orang Barat yang hanya bertopengkan percintaan.

Aspek Sosial

Menurut seorang penulis beragama Kristian, Hari Valentine sudah dianggap sebagai "pesta seks". Di Britain, Hari Valentine dianggap sebagai "Impotence Day", yang menunjukkan aktiviti seks berlaku secara berleluasa. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan bukan sesuatu yang mencerminkan Islam yang sebenar kerana dalam Islam, kita disarankan agar berkahwin untuk mengelakkan diri daripada menghampiri zina dan perbuatan maksiat. Melalui perkahwinan, keinginan seks dapat disalurkan secara halal dan selamat. Perkahwinan juga dapat mengelakkan diri daripada terkena jangkitan HIV yang berpunca daripada perlakuan seks rambang.

Berkasih Sayang Dalam Islam

Mengenai mengkhususkan Hari bagi berkasih sayang tidak perlu kerana kasih sayang bukan dibatasi oleh satu hari, satu minggu atau satu bulan tetapi berlaku setiap masa. Persoalan cinta dan kasih sayang dalam Islam sangat universal dan menyeluruh. Cinta dan kasih sayang juga diberikan kepada Allah S.W.T., Rasulullah S.A.W., ibu bapa, anak-anak, suami isteri dan diri sendiri. Cinta kepada Allah S.W.T. cinta yang teragung kerana melaluinya akan lahirlah cinta sesama umat Islam. Semoga Allah S.W.T. memberikan hidayah-Nya kepada kita semua agar dapat istiqamah dengan Islam. Aamiin.  

Dilihat kepada fatwa-fatwa daripada pihak berautoriti di Malaysia, jelas hampir semua memfatwakan HARAM meraikannya.Wahai muda-mudi sekalian, berwaspadalah dan jauhi perbuatan yang menjatuhkan maruah agama, diri dan bangsa. Islam agama berkasih sayang dan tidak ada hari tertentu yang istimewa bagi meraikan apatah lagi sambutannya bertentangan dengan ajaran Islam...

Ini sahaja yang dapat isha kongsikan buat masa ini...Wallahuaklam..  
    

 
Khamis, 20 Disember 2012
4:53 PTG
                                   Assalammualaikum...

                     

 Kaum Maya atau lebih dikenali kaum Yahudi meramalkan hari ini, Jumaat, 21 Disember 2012 adalah Hari Terakhir umat Muhammad s.a.w. berada di atas muka bumi ini berdasarkan jangkaan mengikut kalendar mereka.

Sedangkan bagi Muslim dan Mukmin...

1) "Sesungguhnya, apa yang dijanjikan kepadamu pasti benar, dan sungguh, (hari) pembalasan pasti benar." (QS. Adz-dzariyyat: 5-6)

2) "Sesungguhnya hari kiamat benar-benar akan datang tidak ada keraguan di dalamnya." (QS.Ghafir: 59)

3) "Yang mereka nanti-nantikan hanyalah kedatangan malaikat kepada mereka, atau kedatangan Tuhanmu, atau sebagian tanda-tanda dari Tuhanmu. Pada hari datangnya sebagian tanda-tanda dari Tuhanmu tidak berguna lagi iman orang yang belum beriman sebelum itu, atu berusaha berbuat kebajikan dengan imannya itu. Katakanlah, “Tunggulah! Kamipun Menunggu." (QS. Al-An’am:158)

4) "Hingga apabila (tembok) Ya’juj dan Ma’juj dibukakan dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi. Dan (apabila) janji yang benar (hari berbangkit) telah dekat,.." (QS. Al-Anbiya:96-97)

5) "Maka tunggulah pada hari ketika langit membawa kabut yang tampak jelas." (QS. Ad-Dukhan: 10)

6) "Wahai Manusia! Bertakwalah kepada Tuhanmu; sungguh goncangan (hari) kiamat itu adalah suatu (kejadian) yang sangat besar." (QS. Al-Hajj:1)

7) "Kemudian, sesungguhnya kamu sekalian akan dibangkitkan (dan kuburmu) di Hari Kiamat." (Al-Mu’minun: 16)

8 ) "Dan sesungguhnya Hari Kiamat itu pastilah datang, tak ada keraguan padanya; dan bahawasanya Allah membangkitkan semua orang di dalam kubur." (Al-Hajj: 7)

10) Seorang Arab Badui bertanya, “Bilakah tibanya kiamat?” Nabi Saw lalu menjawab, “Apabila amanah diabaikan maka tunggulah kiamat.” Orang itu bertanya lagi, “Bagaimana hilangnya amanah itu, ya Rasulullah?” Nabi Saw menjawab, “Apabila perkara (urusan) diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah kiamat.” (HR. Bukhari)
 
 
Khamis, 29 November 2012
5:28 PTG
                                                Assalamualaikum...

                   

Apa khabar semua!!!! hari ini isha nak tulis tentang langkah-langkah untuk mencintai diri sendiri jadi jom! kita terjah..

APABILA KITA BERTANYA KEPADA RAKAN, "SIAPAKAH ORANG YANG DICINTAI DALAM HIDUP?"RAMAI AKAN MENJAWAB - IBU, AYAH, ABANG, RAKAN BAIK DAN SEBAGAINYA. JAWAPAN YANG BAGUS. SEBALIKNYA MANUSIA BIASA LUPA ADA SEORANG LAGI YANG AMAT PENTING UNTUK DICINTAI. ORANG INI PENTING KERANA ANDA BERSAMA BELIAU 24 JAM SEHARI. TEPAT SEKALI, IA ADALAH DIRI ANDA SENDIRI. ADA SEBUAH KISAH MENARIK TENTANG SEORANG YANG SERBA KEKURANGAN TETAPI MASIH MENCINTAI DIRI BELIAU SENDIRI.

  Nick Vujicic dilahirkan tanpa tangan dan kaki kerana menghidapi penyakit ganjil yang diberi nama saintifik Tetraamelia Syndrome. Di sekolah, beliau dibuli dengan teruk sehingga beliau jatuh murung. Pada umur 10 tahun, beliau melakukan satu cubaan membunuh diri dengan cuba melemaskan diri.
  Suatu hari, Nick terbaca sebuah artikel akhbar tentang seorang yang menghidap penyakit kronik. Kejadian tersebut menyedarkan Nick bahawa bukan beliau sahaja yang mempunyai kekurangan, sebaliknya ramai lagi yang diuji dengan lebih dahsyat. Nick mula memberi fokus bahawa beliau mampu bertutur dengan baik dan sihat tubuh badan. Beliau mula mencipta kejayaan apabila bergelar jutawan hartanah. Hari ini Nick juga adalah seorang penceramah motivasi yang telah mengispirasikan 3 juta orang di 24 negara.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENCINTAI DIRI SENDIRI:

1 Terima diri anda seadanya:

  Sebelum kita boleh mencintai diri sendiri, kita perlu belajar untuk menerima diri kita seadanya. Bersyukur dengan fizikal dan paras rupa kita. Terima kelemahan dan kekurangan diri. Jangan mengharapkan kita sempurna kerana tiada manusia sempurna.
  Keyakinan terhadap Allah membuatkan kita yakin bahawa Dia mengurniakan kelemahan untuk kita mempelajari bagaimana untuk menukar kelemahan tersebut menjadi kekuatan. Dalam masa yang sama, ia akan menjadikan anda manusia yang lebih tabah.

2 Sediakan Jurnal Kejayaan:

  Mengapa sesetengah manusia mempunyai keyakinan diri sedangkan sesetengah yang lain tidak? Hakikatnya, Allah kurniakan manusia dengan kebolehan untuk memilih fokus pemikiran mereka.
  Orang yang kurang keyakinan diri selalu memberi fokus terhadap kekurangan dan kesilapan yang mereka lakukan. Mereka abaikan dalam minda mereka pencapaian-pencapaian dan kekuatan diri mereka. Sebaliknya orang yang berkeyakinan diri memberi fokus terhadap kekuatan diri, dan dalam masa yang sama melihat kekurangan diri untuk diperbaiki.
  Tulis apa jua kejayaan sama ada kecil atau besar dalam Jurnal Kejayaan anda. Tiada kejayaan yang terlalu kecil untuk disenaraikan. Apabila anda dalam keadaan sedih, kecewa dan murung, teliti kembali kejayaan-kejayaan yang anda pernah lakarkan dan insya-Allah anda akan kembali bersemangat.

3 Tulis 'Surat Kepada Aku':

  Apa perasaan anda apabila diberi penghargaan oleh orang lain?
Tentu sekali gembira. Apa kata anda beri pujian terhadap diri sendiri. Ini adalah satu latihan yang amat berkuasa dan saya yakin ramai di antara pembaca akan menitiskan air mata apabila melakukan latihan ini.
  Anda hanya perlu 15 minit sahaja untuk menulis 'Surat Kepada Aku'. Tiada format tertentu untuk surat ini, hanya luahkan dari lubuk hati anda. Anda boleh gunakan ayat-ayat penghargaan seperti- "Saya bangga dengan anda kerana..." - "Terima kasih kerana...". Jika anda dihantui oleh kesilapan masa lepas, anda boleh gunakan ayat-ayat seperti-"Tolong maafkan saya kerana..." Perbaiki kesilapan tersebut dan belajar untuk maafkan diri sendiri.

Marilah kita mencintai diri kita sendiri sebelum kita mencintai orang lain. Tetapi jangan kita lupa cinta yang abadi ialah cinta kepada Allah S.W.T.
  
Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca entry ini...Wassalam ^_^           
  
Isnin, 19 November 2012
12:49 PG
                                                  Assalammualaikum...

               

ANAK POKOK: ASALNYA DARIPADA BIJI BENIH. ANAK POKOK MEMERLUKAN KETAHANAN YANG TINGGI. KETIKA INI, PANAHAN CAHAYA METAHARI DIRASAKAN BEGITU PANAS. SAMA ADA DAPAT MENERUSKAN HIDUP MENJADI POKOK YANG BESAR ATAUPUN MATI, SEMUANYA BERGANTUNG PADA ANAK POKOK.

Manusia juga begitu, jika terlalu mudah mengatakan saya mengalah, maka bagaimana kesenangan selepas kesusahan itu dapat dipratikkan? Ingat, kejayaan tidak datang bergolek.

DAHAN POKOK:

Dahan pokok tumbuh sedikit demi sedikit. Tidak terlalu awal ataupun tergesa-gesa. Apabila pokok memperoleh cukup cahaya, udara dan air, dahan pokok akan mulai membesar sedikit demi sedikit. Mari belajar daripada dahan pokok Sekiranya kita masih muda, dan tanggungjawab yang utama adalah belajar dan menggembirakan ibu bapa, maka, sabar...belajar dahulu sehingga berjaya. Jangan tergesa-gesa ingin bercinta dan berpasangan pula ya!

AKAR POKOK:

Walaupun tidak kelihatan, tetapi ia menjadi bahagian yang utama pada sebatang pokok. Ia ibarat akidah dan kepercayaan yang menjadi asas dalam diri manusia. Perasaan marah dan tidak sabar berpunca daripada hati. Bahagian dalaman ini perlu dijaga. Barulah marah boleh dikawal jika kita berhadapan dengan situasi tersebut. Hati sejahtera, marah tiada. Banyakkan mengingati Allah dan menginsafi kejadian diri supaya hati lebih baik.

BUAH:

Siapa yang tidak suka jika diberi sesuatu yang baik? Tetapi bagaimana kita mahu memberi sekiranya kita dikhianati atau dikasari? Mari belajar daripada buah. Walaupun dibaling batu ataupun dijolok untuk mendapatkan buahnya, tetapi pokok sentiasa memberikan buah kepada orang lain.

Luqman al-Hakim ada menasihatkan anaknya dengan pesanan berikut: 
"Wahai anakku, hendaklah kamu ingat kebaikan orang dan lupa kejahatan orang. Dan hendaklah kamu lupa kebaikan kamu terhadap orang dan ingatlah kejahatan yang kamu lakukan kepada orang lain"       
Sabtu, 17 November 2012
1:44 PG
                                                  Assalammualaikum

                                   
                                        

KELIHATAN DUA SUSUK TUBUH SEDANG TEKUN BELAJAR DI DALAM PERPUSTAKAAN SEKOLAH. PASANGAN SAHABAT INI MEMANG TERKENAL KERANA SIKAP RAJIN, TEKUN SERTA CEMERLANG DALAM PELAJARAN. BUKAN ITU SAHAJA, PERIBADI MEREKA SERING MENJADI PUJIAN KERANA MEMILIKI AKHLAK TERPUJI PERHIASAN DIRI. SERING KE MANA-MANA BERDUA. MEREKA IALAH TEMAN KETIKA SUKA DAN DERITA. IKATAN PERSAHABATAN DIJADIKAN CERMIN DIRI. MEMBERI TEGURAN KETIKA TERSILAP PERCATURAN DAN MEMBERI GALAKAN UNTUK BERBUAT KEBAIKAN. PERSAHABATAN MEREKA DIJADIKAN TERAS UNTUK MELAKUKAN KEBAIKAN DAN MENOLAK KEMUNGKARAN.

Nilai Seorang Sahabat...

Sahabat sangat penting sebagai sumber penguat dalam perjalanan kehidupan. Dalam dakwah yang penuh ujian, Nabi Muhammad s.a.w. memiliki sahabat sejati seperti Sayidina Abu Bakar r.a. yang sentiasa membenarkan kata-kata Baginda, pengukuh dakwah Baginda; Sayidina Umar r.a. dan Abdul Rahman bin 'Auf sebagai teraju ekonomi. Gabungan barisan para sahabat yang dimiliki Rasulullah s.a.w. menjadikan diri Baginda menjadi mantap dan kuat untuk menghadapi ujian dakwah. Rasulullah juga telah mempersaudarakan golongan Muhajirin dan Ansar sebagai langkah awal bagi memantapkan ikatan antara sesama Mukmin.

    Renungilah maksud ayat surah al-Hashr ayat 9:"Dan orang (Ansar) yang mendiami negeri(Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa-apa yang telah diberi kepada orang yang berhijrah(Muhajirin) itu dan mereka juga mengutamakan orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat.(Ingatlah) sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bekhilnya, maka merekalah orang yang berjaya."

Erti Sahabat...

Sebagai teman dan rakan di ranjau kehidupan,
Bersatu dua hati kerana cinta Rabbi,
Bukan kerana kasih akan dunia dan kesenangan isinya,
Di dalam jiwa tersemai kasih, mahabbah dan keikhlasan,
Mengatasi batas rupa, warna dan keturunan.

Pilihlah Sahabat...

Kerana sahabat yang ikhlas memimpin tanganmu
melakukan kebaikan,
Wangian dirinya akan terpalit jua pada dirimu,
Kerana tanpa kamu sedari sahabat adalah cermin peribadi,
Hodoh pilihanmu, maka hodohlah pekertimu,
Murni pilihanmu, maka indahlah budimu,
Jadi awas ketika memilih sahabat,
Andai tidak mahu langkahmu tempang.

Muhajirin Dan Ansar...

Disatukan Nabi kerana ikatan akidah,
Antara asas kekuatan terbangunnya kerajaan Madinah,
Muhajirin yang dipersaudarakan memiliki hati yang 
tulus dan suci, 
Ansar yang menyambut persaudaraan rela berkorban 
segalanya,
Ikatan mereka jauh daripada hasad dan dengki,
Kerana kasih sayang yang disemai bertunjangkan cinta
Rabbi.

Moral of story:

Hargailah persahabatan ia adalah nikmat yang tidak terhingga,
Jua tidak mampu diungkap dengan kata-kata,
Hati-hati yang bersatu kerana cintakan Tuhan,
Rindu untuk bertemu dan sedih untuk berpisah, 
Namun semuanya disandarkan kerana Allah s.w.t.

Info-info ini isha dapat dari buku Gen-Q Isu no. 07...

  wassalam.... :)

  

 
 

 
Khamis, 15 November 2012
11:17 PTG
   


                                          Assalamualaikum..

Apa khabar semua!! sempena Maal Hijrah kali ini isha nak ucapkan Salam Maal Hijrah 1434H kepada seluruh umat Islam di seluruh Dunia...Semoga Maal Hijrah kali ini kita dapat memperbaiki diri kita supaya menjadi lebih baik dari sebelumnya...


                                                                                                                                                                                           


 p/s: Marilah kita memperbaiki diri untuk menjadi Hamba yang taat akan perintah Allah  s.w.t..~AMIN~

 
Rumaisha